Friday 8 December 2017

Pengurangan bayaran balik pinjaman MARA secara online

Untuk pengetahuan korang MARA dah start bukak balik e-conversion secara online tau! So untuk korang yang tak nak pos takut borang tak sampai atau yang busy tak leh nak gi pejabat mara kat Jalan Raya laut kl sana tu, boleh la memohon secara online. Tak payah nak kena pos2 borang korang macam dulu lagi tau. Korang cuma perlu isi detail korang then upload transkrip & sijil diploma/degree korang je. Wahh dah upgrade mara sekarang kan! Untung la untuk korang..

Panduan memohon pengurangan bayaran MARA

1. Login ke website e-conversion online06.mara.gov.my/econversion

2. Ini paparan utama eConversion yg baru tau. Then klik Log Masuk


3. Pastu korang isi la no. kad pengenalan korang & kata laluan. (sama macam kat sistem e-baki korang.)


4. Pastu korang isi la butiran peribadi korang & upload dokumen yang diperlukan seperti  transkrip & sijil diploma/degree korang. Cuma perlukan 2 borang ni je ye.

*Sijil & transkrip kena ada pengesahan daripada mana2 Pegawai Kerajaan macam Pengetua sekolah menengah atau kalau susah sangat mintak Pengerusi/Penghulu Kampung korang je. 




5. Then selesai lah. Tak payah susah2 nak gi pos borang eConversion atau gi Pejabat MARA dah. Cuma isi online je sekarang lepas tu tunggu pihak mara proses permohonan korang tu. Tempoh proses adalah antara 4-6 bulan. 

6. Eh ehh ada lagi satu tau, belum habis lagi. Sebelum korang nak mohon eConversion ni. Korang kena bayar RM300 dulu. Bayar la guna online banking ke, atau pejabat pos. 

7. Then upload la bayaran yg korang dah buat tu. Klik tutup. Siap! 




Tengok senangkan sekarang. Buat online je. Tak perlu nak pos2 borang korang macam eConversion yang sebelum ni punya. Memudahkan kerja kita kan. :)

Selain daripada tu. Korang jugak boleh tengok status permohonan korang tau. Sama ada dah terima ke, kena reject ke atau tak layak ke tak. Semua tu boleh tengok kat sistem eConversion ni jugak tau.

Cara nye macam ni: 

1. Status menunjukkan '02' - maksudnye korang tak upload skrol(sijil) korang. Korang boleh kemaskini balik dengan klik icon kemaskini kelayakan. 


2. Contoh permohonan korang dah diterima macam kat bawah ni 


3. Permohonan yang telah diterima akan terpapar macam bulatan kat bawah ni



4. So bolehlah korang print/simpan borang permohonan ni untuk rujukan korang dikemudian hari k. 


Oklah itu sahaja yang boleh yaya share untuk memudahkan korang faham. bye.


Kredit: Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Monday 9 October 2017

Nak kerja kat CFKL MANAGEMENT SERVICES ??? Fikirlah 2,3x

Kalau korg rasa nak kerja kat CFKL Management Services. Fikirlah 2,3x wei. Kalau korg tgk iklan dia gaji byk2 tu. Mcm ni cth2nye ;

 


tak payah percaya la weii... !! Temberang je tu semua. Time interview nanti dia nego la. Sbb kau takde pengalaman lah, apelah itu lah ini lah. Mcm2 dalih dia weiii... So jgn terpedaya dgn iklan dia gaji beribu2 tu k.

k la byebye. xoxo.

Friday 6 October 2017

Pengalaman kerja yg teruk

Hi,

Thanks sudi baca penulisan yaya. Yaya nak cerita pengalaman yaya kerja kat cmpny yg teruk ni. Yaya kerja sini tak lama pun, tak sampai setengah tahun sbb yaya tak tahan kerja sini. Mula2 masuk kerja sini ok la bos dia tu, bg something kat yaya & my colleague nak pancing kitorg la kononnye tu nak bgtau dia & cmpny dia tu elok. Pastu bila lama2 kerja sini baru yaya tau yg cmpny dia ni sbnrnye b'mslh.

Ok first sekali yaya nak cerita pasal office hour dia, office hour dia drp pukul 9pg sampai kol 6ptg, tp bila kerja sini ktorg takkan pernah sharp balik kol 6ptg tu. Ktorg akn balik paling awal pun kol 6.30ptg mcm tu disebabkan byk kerja & dia selalunye akn bg kerja waktu nak dekat2 balik. Dah lah dia bg kerja last minit waktu kita nak balik, pastu dia nak haritu jgk kerja tu, so nak taknak ktorg kena la siapkan, stayback sampai kerja tu siap baru ktorg boleh balik. Selalunye ktorg kena balik paling awal pun kol 6.30ptg - 7.30ptg baru kitorg boleh balik. Dah lah ktorg selalu kena balik lewat sampai kol 7ptg bagai tp dia tak pernah nak bg ot pun kalau balik lewat. Even ktorg stayback buat kerja dia sampai sejam setiap hari dia takkan bg ot melainkn dia suruh kau stayback & dia ckp akn bg ot. Time tu jelah ktorg akan dpt duit ot. Kalau tak selama ni yg ktrg stayback sampai stgh jam atau sejam tu adalah sia2 je sbb dia takkan bg byrn ot. Bekas bos yaya tu dia sgt berkira dgn pekerja dia ok. Ktorg tak pernah dpt balik awal pun even hari2 balik lambat. Pastu kan kalau dtg kerja lambat dia akan potong gaji ktorg. Kalau ktorg lambat seminit dia akn potong rm1. Terukkan bekas bos yaya tu, tak bersyukur langsung dpt pekerja mcm ktorg. Ktorg punya baik buat kerja dia sampai siap baru balik tp kalau dtg kerja lewat dia potongnye gaji kitorg. ish siapa yg tak sakit hati bila dpt bos mcm ni.

Perkara ke2 yg buat ktorg sakit hati dgn bos ktorg ni adalah waktu lunch. Kalau lunch lebih 60 minit bos ktorg akan tolak gaji k. Waktu lunch time ktorg dr kol 1-2ptg, tak flexible. Tp waktu lunch tu lah bos ktorg akn kacau ktorg mintak photostate document la, pergi bankin cheque la, pergi cari document ini lah itu lah, and time lunch tu jgk la client dia nk dtg. Mengacau waktu lunch ktorg betul. Dah la lunch sejam je sampai kol 2. Pastu kena kacau pulak waktu lunch, so waktu lunch ktorg jadi singkat. Jadi stgh jam je. brr sakit je hati. Nak kena mkn cpt2, rehat tak dpt nak tgk phone, berbual ape semua takleh dah. Sabar jelaaa..

Ok perkara ke3 yg yaya tak tahan dgn bos yaya ni adlh dia suka sgt bg rules yg merepek-repek. Aritu dia bg rules pasal suruh pekerja dia dtg opis pakai makeup la ape bagai, pastu suruh pakai kasut gi opis, last2 masuk opis kena bukak kasut jgk, and masuk2 opis kena senyum & say morning kat semua colleague, tp last2 dia tak tunjuk pun teladan yg baik. Dia masuk2 opis muka masam jgk ntah pape je & mcm2 lagi la rules yg dia bg yaya tak ingat da. Dia akn bg rules yg baru & terlalu byk rules dia tu. Kejap arini lain, esk lain plk. Macam2 lah perangai bekas bos yaya tu.

Ok sbb seterusnye yaya tak tahan & tak suka dgn perangai bekas bos yaya tu adlh, bab gaji. Time mula2 yaya masuk aritu elok la dia bg gaji. Betul2 hari terakhir utk bulan tu dia bg dah. 30hb dia bg. Pastu bulan kedua & seterusnye yaya kerja situ dia terus bg lambat dah. Dia bg 5-7hb baru nak terhegeh-hegeh bagi gaji. Tu pun bagi gaji basic je dulu. Kalau ada claim ke ot ke dia tak bg time tu. Dia ckp la kat ktorg kononnye nak bg hari isnin claim & ot ktorg, tp tunggu2 takde nye dia nak bg hari isnin tu. Last2 hujung bulan baru dia nk bg ot ktorg. Ktorg punya la tunggu dr hari isnin minggu kedua tu, last2 hujung bulan baru dia nk bg ot tu kat ktorg. Tu baru je pasal ot. Belum pasal claim lagi. Claim yaya ni dia tak bg2 dah 2 bulan dah. Bila mintak claim yaya dia ckp yaya tak bg claim form kat dia. eh bullsh*t la bos. Dah letak ats meja dia kot. Mesti dia hilangkan lah tu. Semua brg atau dokumen kalau letak je ats meja dia mesti hilng jela memanjang. Pastu marah2 ktorg cakap ktorg yg hilangkan. Pastu bila cari2 sebnrnye ada je kat bilik dia. Dah bilik mcm tongkang pecah mana nak jumpa. Meja tu cuba la kemaskan dulu. Ada sorg colleague yaya ni dia mintak la claim dia, sikit je kot claim dia dlm 56 ringgit mcm tu je. Pastu kan bekas bos yaya bg 50 je kat dia. Lg 6 ringgit bos ckp time gaji baru bg. Eh 6 ringgit je kot bg jelah. Tak pyh la nak tunggu2 gaji, takde duit ke ape bos ni. Adoi, dah la bg gaji pun lambat. Mmg sakit hati lah kerja sini.

Masalah lain plk tentang bos & cmpny dia adalah bab epf. Dah 4 bulan bekas bos yaya tak byr epf. Org epf sampai call2 tny bila nak bayar, ada pekerja ke tak sebnrnye ni. Org epf pun sampai pelik dgn bekas cmpny yaya kerja ni. haha. Yaya tgk kat website KWSP pun still takde byrn drp bekas bos yaya. Epf ktorg tak byr, tertunggak sampai berbulan2 bagus ke mcm tu? brr... Bukan epf ktorg je tak byr & tertunggak berbulan2, tp ada lg benda lain yg dia susah & liat nak byr. Antaranye telephone bil, sampai org telekom tutup line sbb tak byr berbulan2, hutang org - sampai org yg bos yaya hutang tu asyik call2 office tny bila nak byr hutang dia, dah berapa bulan tak byr2, bila mau byr katanye, lagi dgn bekas pekerja dia mintak gaji dia dah berbulan2 tak byr( tak tau la skng bekas bos yaya tu dah bg gaji ke belum) mcm2 lagi la mslh bos yaya ni. adoi. Dia pandai nak tambah hutang je, tp bila time nk byr balik liat nak mampus. Beli beg mahal2, ribu2 pastu bukan pakai duit sendiri, claim under company plk tu. Mana cmpny dia nak ada duit. Bila ada duit je dia pergi berjoli. Nak berjaya apenye mcm tu.

... and last but not least, kbykkan pekerja dia kurg mahir. Yela bg gaji ciput je. Iklan je bukan main gah gaji sampai 6k-7k bagai tp bila interview dia nego tak sampai pun 3k la. Dulu ada sorg bekas pekerja dia yg pengalaman pun dia bg gaji just 2.5k je kot. Tgk org berpengalaman pun dia bg tu je, so kalau tgk iklan dia 6-7k tu jgn harap la, mimpi jelah oii.. takde duit dia nak byr kau gaji sampai ber k k tu . Ntah2 nak byr gaji 3k tu sampai berhutang, 2 -3 bulan baru dpt kot hahaha... Kbykkan pekerja dia semua tak tahan kerja under dia, kbykkannye tahan sampai 2-4 bulan jelah. Pastu resign, so bila dia kurg pekerja yg berpengalaman pastu pekerja dia asyik resign je manjang(sbb dia tak jaga kebajikan pekerja dia pun, client come to no 1) jadinye kerja dia byk tertangguh. Lambat la siap, so bila lambat siap ke atau tertangguh, pekerja yg baru masuk la kena sambung buat kerja org yg resign tu. Kesian la kat pekerja yg bru. Kalau ada pengalaman takpelah jugak. Kalau takde pengalaman, salah masukkan kena mrh. Kesianlah. Sungguh prejudis ini bos huhu.

So yaya nasihatkan la kat korg yg nak kerja kat cmpny ni cfkl management services, baik fikir masak2, fikir 2-3x sebelum kerja sini. Kalau korg mmg jenis tak kisah. (Dtg lambat duit gaji kena tolak, balik lambat takde ot, byk tny kena mrh, buat salah dokumen hilang kena mrh. Takpelah kerja la sini ye) Kalau korg ni jenis yg lembut, yaya syorkan fikirlah masak2 kalau nak kerja sini. Nanti menyesal dikemudian hari. Sbnrnye byk lagi tentang perangai dia ni. Mls nak taip dah. Ni pun dh panjang. Kalau nak tau, try la kerja sini. Baru tau mcm mana perangai dia. Depan kita bukan main baik. Tp blkg kita dia kutuk2. Teruk sgt dpt bos mcm ni.

Yaya ulg balik k, CFKL MANAGEMENT SERVICES, office kat dataran sunway, damansara, pj.
Hati2 la kalau nak kerja sini. Yaya cuma nak tlg korg je takut korg menyesal di kemudian hari.

Ok sekian saja dr yaya. Thanks sudi baca penulisan yaya yg panjang berjela ni. bye. xoxo.