Friday 8 December 2017

Pengurangan bayaran balik pinjaman MARA secara online

Untuk pengetahuan korang MARA dah start bukak balik e-conversion secara online tau! So untuk korang yang tak nak pos takut borang tak sampai atau yang busy tak leh nak gi pejabat mara kat Jalan Raya laut kl sana tu, boleh la memohon secara online. Tak payah nak kena pos2 borang korang macam dulu lagi tau. Korang cuma perlu isi detail korang then upload transkrip & sijil diploma/degree korang je. Wahh dah upgrade mara sekarang kan! Untung la untuk korang..

Panduan memohon pengurangan bayaran MARA

1. Login ke website e-conversion online06.mara.gov.my/econversion

2. Ini paparan utama eConversion yg baru tau. Then klik Log Masuk


3. Pastu korang isi la no. kad pengenalan korang & kata laluan. (sama macam kat sistem e-baki korang.)


4. Pastu korang isi la butiran peribadi korang & upload dokumen yang diperlukan seperti  transkrip & sijil diploma/degree korang. Cuma perlukan 2 borang ni je ye.

*Sijil & transkrip kena ada pengesahan daripada mana2 Pegawai Kerajaan macam Pengetua sekolah menengah atau kalau susah sangat mintak Pengerusi/Penghulu Kampung korang je. 




5. Then selesai lah. Tak payah susah2 nak gi pos borang eConversion atau gi Pejabat MARA dah. Cuma isi online je sekarang lepas tu tunggu pihak mara proses permohonan korang tu. Tempoh proses adalah antara 4-6 bulan. 

6. Eh ehh ada lagi satu tau, belum habis lagi. Sebelum korang nak mohon eConversion ni. Korang kena bayar RM300 dulu. Bayar la guna online banking ke, atau pejabat pos. 

7. Then upload la bayaran yg korang dah buat tu. Klik tutup. Siap! 




Tengok senangkan sekarang. Buat online je. Tak perlu nak pos2 borang korang macam eConversion yang sebelum ni punya. Memudahkan kerja kita kan. :)

Selain daripada tu. Korang jugak boleh tengok status permohonan korang tau. Sama ada dah terima ke, kena reject ke atau tak layak ke tak. Semua tu boleh tengok kat sistem eConversion ni jugak tau.

Cara nye macam ni: 

1. Status menunjukkan '02' - maksudnye korang tak upload skrol(sijil) korang. Korang boleh kemaskini balik dengan klik icon kemaskini kelayakan. 


2. Contoh permohonan korang dah diterima macam kat bawah ni 


3. Permohonan yang telah diterima akan terpapar macam bulatan kat bawah ni



4. So bolehlah korang print/simpan borang permohonan ni untuk rujukan korang dikemudian hari k. 


Oklah itu sahaja yang boleh yaya share untuk memudahkan korang faham. bye.


Kredit: Majlis Amanah Rakyat (MARA)